Connect with us

Jenayah

Gara-gara buat ‘content’ tarik tudung wanita, youtuber akhirnya ditahan polis

Seorang lelaki berusia 24 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan gara-gara video tular yang memaparkan content menarik tudung dua orang wanita.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah berkata bahawa lelaki tersebut telah ditahan pada pukul 7.30 petang semalam.

Menurutnya, suspek telah dituduh di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat berkenaan penyebaran klip video melalui saluran Youtube lelaki tersebut yang memaparkannya bertindak menarik tudung dua orang wanita.

Advertisement

“Tindakan dalam video tersebut telah menimbulkan kegusaran masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, satu kertas siasatan juga telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Pihaknya juga turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang rakaman dan penyebaran video yang mengandungi isi kandungan yang boleh mendatangkan kegusaran masyarakat serta menyentuh sensitiviti di masa akan datang.

Sumber: FB Polis Kuala Lumpur

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement
@malaysianupdatenews Gara-gara buat ‘content’ tarik tudung wanita, youtuber akhirnya ditahan polis. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel