Connect with us

Pilihan Editor

Lelaki sambut kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat 5 di China

Aksi ‘hero’ seorang lelaki yang pantas menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terjatuh dari tingkat lima sebuah rumah pangsa di wilayah Zhejiang di Beijing, China menerima pujian ramai.

Memetik laporan portal India.com, kejadian itu berlaku ketika lelaki yang dikenali sebagai Shen Dong sedang meletakkan kenderaan miliknya di seberang jalan berhampiran beberapa blok rumah di kawasan tersebut.

Menurut Dong, dia mendengar satu bunyi yang kuat ketika kanak-kanak tersebut jatuh di atas sebuah bumbung keluli. Lebih terkejut, kanak-kanak itu berada dalam keadaan terumbang-ambing di tingkat satu lalu tergelincir sekali lagi.

Advertisement

Dong dengan pantas terus mencampak telefon bimbitnya dan menyambut kanak-kanak tersebut daripada terjatuh di atas jalan. Rakaman kejadian tersebut dipercayai dikeluarkan oleh pihak polis tempatan.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan stabil ketika dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Sumber: India.com

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel