Connect with us

Jenayah

Pemandu lori ugut, acu pisau ditahan polis

Polis hari ini menahan seorang pemandu lori yang mengacu pisau terhadap pemandu lori lain di Jalan Parang, Bandar Sultan Suleiman.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan pukul 12.25 tengah malam di Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, penahanan itu susulan laporan polis dibuat seorang pemandu lori berusia 30-an pada pukul 5.15 petang semalam, mendakwa lori dipandunya telah dipintas dan ditahan suspek yang memandu sebuah lori.

“Suspek dikatakan telah turun dari lori dengan membawa sebilah pisau dan terus mengugut mangsa dengan kata-kata ‘u tak kenal lagi siapa aku, kau tunggu aku cari kau’.

Advertisement

“Siasatan awal mendapati motif kejadian lebih kepada buli jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapo Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan curi motosikal namun ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Katanya, suspek kini direman selama tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

hari ini tular satu video berdurasi 31 saat memaparkan tindakan seorang lelaki mengacukan senjata dipercayai pisau terhadap pemandu lori.

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel