Connect with us

Global

Pencuri motosikal ‘kalut’ larikan diri sampai terlupa anak

Tular di media sosial sebuah video memaparkan aksi seorang bapa yang dipercayai tertinggal anak ketika sedang mencuri sebuah motosikal di bahu jalan.

Menurut laporan Suara.com, difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah jalan di Permatang Siantar, Sumatera Utara.

Berdasarkan klip video tersebut, pencuri terbabit pada ketika itu sedang berjalan bersama anak perempuannya di bahu jalan sebelum bertindak mencuri motosikal yang terletak di bawah sebuah pokok.

Bagaimanapun, anaknya yang belum sempat berbuat apa-apa hanya melihat sahaja bapanya bertindak memecut laju menaiki motosikal curi itu.

Advertisement

Kanak-kanak tersebut kemudiannya berlari masuk ke salah sebuah rumah penduduk di tempat kejadian sebelum disoal siasat.

Menurut saksi, kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan itu merupakan anak kepada lelaki berkenaan dan rumah mereka hanya terletak 200 meter dari lokasi kejadian, lapor terang_media.

Sementara itu, seorang lelaki yang dipercayai pemilik motosikal itu cuba mengejar pencuri terbabit selepas melihat kenderaannya dibawa lari namun gagal.

“Kesian anaknya,” kata warganet menerusi suara.com.

Kejadian itu telah menarik perhatian netizen setelah melihat anak tersebut ditinggalkan oleh bapanya.

Advertisement

Sumber: Suara.com

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel