Connect with us

Global

Pengantin lelaki dedah video kecurangan tunang bersama abang ipar semasa majlis perkahwinannya sendiri!

Sebuah video dengan tajuk ‘Pengantin perempuan yang tidak setia’ dipercayai direkod pada tahun 2019 di China kembali menjadi tular dengan pengantin lelaki didakwa sengaja memancarkan projektor pada skrin di majlis perkahwinan tersebut.

Difahamkan, rakaman tersebut memaparkan pengantin perempuan bersama abang iparnya yang sedang berdua-duan di dalam sebuah bilik.

“Kamu fikir saya tak tahu tentang apa yang berlaku?” tengking pengantin lelaki kepada pengantin wanita tersebut.

Dalam pada itu, kelihatan juga pengantin perempuan melemparkan jambangan bunga kepada pengantin lelaki sebaik sahaja rakaman video tersebut dimainkan.

Advertisement

Menurut laporan Marca, pengantin mendakwa sering dipukul dan didera oleh kekasihnya yang merupakan pengantin lelaki di dalam majlis tersebut yang menjadi punca dia menemui abang iparnya untuk meluahkan perasaan.

Walau bagaimanapun, lama kelamaan, keadaan berubah menjadi hubungan yang terlarang, dan sebaik sahaja pengantin lelaki mengetahuinya, dia nekad untuk membalas dendam.

Video yang dikongsi di laman TikTok itu telah mencatatkan hampir enam juta tontonan baharu dan beribu-ribu komen daripada pengguna yang marah.

@malaysianupdatenews Pengantin lelaki dedah video kecurangan tunang bersama abang ipar semasa majlis perkahwinannya sendiri! #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #videoviral #trending #global ♬ Hendaklah Cari Pengganti – Arief

Sumber: Marca

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel