Connect with us

Jenayah

Rosmah Menangis, Dakwa Beliau Tidak Bersalah

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) — Suasana suram menyelubungi Mahkamah Tinggi di sini hari ini apabila Datin Seri Rosmah Mansor menangis ketika memaklumkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa beliau tidak bersalah kerana tidak pernah terfikir untuk menggelapkan wang negara.

Rosmah, 70, yang kelihatan begitu emosional ketika memberikan kenyataan dari kandang tertuduh, berkata beliau adalah mangsa dalam kes ini kerana tidak pernah meminta rasuah.

“Saya harap Yang Arif akan menimbang fakta bahawa saya adalah seorang wanita yang terpaksa mengambil alih peranan seorang lelaki di rumah saya. Yang Arif, pandanglah saya sebagai seorang wanita dengan sedikit belas kasihan dan perikemanusiaan.

“Saya tidak pernah menyentuh wang itu meskipun ketika berada dalam BAKTI (Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri). Saya tidak kenal (bekas Pengarah Urusan) Jepak Holdings (Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin)… Saya tidak pernah minta wang itu. Tiada siapa nampak saya mengira wang itu.

Advertisement

“Bagaimanapun, saya hormati keputusan Yang Arif tetapi saya ingin meninggalkan mahkamah ini dengan kenangan yang baik-baik. Saya telah membentuk sebuah mahkamah khas untuk kanak-kanak (bagi kesalahan seksual).

“Tiada sesiapa pun (sebelum ini) yang memikirkan tentang nasib penagih dadah dan duduk berbincang dengan pihak kerajaan serta sektor swasta serta mengguna pakai idea Unicef untuk bermula dengan kanak-kanak dari bawah,” katanya ketika merayu hukuman ringan.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel