Connect with us

Global

Rusia & China Sepakat Guna Mata Wang Yuan & Rubel Untuk Bayar Harga Gas, Tinggalkan ‘PetroDollar’

Syarikat tenaga gergasi Rusia, Gazprom, berkata China akan mula menggunakan mata wang Yuan dan Rubel sebagai kaedah pembayaran urus niaga gas yang dibeli dari Rusia. Ia sekali gus akan menamatkan amalan transaksi pembayaran menggunakan mata wang Dollar Amerika (Petrodollar) yang dilaksanakan selama ini.

”Mekanisme baharu ini menguntungkan kedua-dua pihak, tepat masanya, boleh diharap dan solusi yang praktikal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Gazprom, Alexei Miller dalam satu kenyataan.

Ujar beliau lagi, kaedah ini juga memudahkan pengiraan dan boleh dijadikan contoh kepada syarikat-syarikat minyak yang lain.

Langkah berkenaan dipercayai dibuat sebagai salah satu usaha Rusia, yang ketika ini berdepan dengan sekatan Barat, untuk menjalinkan hubungan yang lebih akrab dengan China.

Advertisement

Susulan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atasnya, Rusia mula mengehadkan penghantaran gas ke beberapa buah negara, khususnya di Eropah yang menyaksikan harga tenaga tersebut melonjak naik.

Rusia pada masa yang sama mula mengukuhkan hubungannya dengan negara-negara di Asia, khususnya China, sekaligus melonjakkan penghantaran bekalan gasnya ke pasaran bukan Eropah.

Dalam perkembangan yang lain, saluran paip penghantaran gas Rusia – China yang kini dalam peringkat pembangunan dijangka mula beroperasi menjelang hujung tahun ini.

Projek yang dikenali sebagai ‘Power of Siberia Pipeline’ itu akan membolehkan jumlah penghantaran gas Rusia ke China ditingkatkan.

Sumber: AFP

Advertisement

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel