Connect with us

Pilihan Editor

Istana Selangor Tarik Gelaran ‘Datuk Seri’ & ‘Datin Seri’ Yang Dikurniakan Kepada Najib & Rosmah

SHAH ALAM, 12 Sept (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Haris Kasim dalam kenyataan berkata penarikan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri pada 2004 dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) Kelas Kedua yang membawa gelaran Datuk pada 1992, dibuat baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor.

Beliau berkata penarikan darjah kebesaran itu adalah berasaskan kepada sabitan dan hukuman yang dijatuhkan kepada Najib dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram ke atas dana SRC International Sdn Bhd.

Pada 23 Ogos lepas, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Advertisement

Haris berkata Sultan Selangor turut menitahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datin Seri’ kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa hari ini.

Katanya Rosmah telah dikurniakan Keahlian Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada 2005.

Haris berkata penarikan darjah itu dibuat susulan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan kepada Rosmah atas tiga pertuduhan yang melibatkan kesalahan meminta dan menerima rasuah.

Pada 1 Sept lepas, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap Rosmah atas semua pertuduhan yang dihadapinya.

Dalam kenyataan yang sama, Haris berkata darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada seorang lagi individu, Mohd Arif Ab Rahman juga ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa hari ini.

Advertisement

Katanya Mohd Arif dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Dato’- Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) yang membawa gelaran Datuk pada 2005, Darjah Kebesaran Setia- Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) Kelas Ketiga pada 2003 serta Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) Kelas Keempat pada 2001.

Katanya kesemua darjah kebesaran itu diperintahkan Sultan Selangor untuk ditarik balik dan dibatalkan atas sabitan dan hukuman yang dijatuhkan kepada beliau atas tuduhan rasuah.

Pada 23 Januari 2021, Mahkamah Tinggi telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap beliau yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.

Haris yang juga Pendaftar Darjah Kebesaran Selangor berkata penarikan balik dan pembatalan keahlian itu selaras dengan kuasa prerogatif baginda di bawah Perkara XXXVIII dan Perkara XXXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 serta Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di negeri itu.

Sumber: BERNAMA

Advertisement


Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel