Connect with us

Jenayah

Ejen Kosmetik Dilarikan Tiga Lelaki Dipercayai Disembunyi Di Thailand

Seorang wanita dipercayai ejen produk kosmetik didakwa telah dilarikan oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan pada Selasa, 13 September 2022.

Menurut laporan Kosmo, mangsa yang berusia 36 tahun itu didakwa dilarikan oleh tiga individu lelaki yang tidak dikenali pada jam 4.10 petang dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vios semalam.

Dalam pada itu, hari ini turut tular video didakwa melibatkan kejadian melarikan mangsa itu.

Menerusi video yang tular tersebut, kelihatan tiga suspek lelaki menghampiri pintu masuk rumah mangsa sebelum mengetuk dan memberi salam. Mangsa dilihat membuka pintu lalu ditarik oleh suspek tersebut masuk ke dalam sebuah kenderaan.

Advertisement

Sementara itu menurut laporan Utusan, keluarga kepada ejen jualan barangan kosmetik yang didakwa diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini semalam dipercayai disembunyikan di Thailand.

Seorang ahli keluarga Rosnazirah Mohd. Naim, 36, yang enggan di kenali berkata, dakwaan tersebut nampak berasas selepas kereta digunakan oleh kumpulan lelaki berkenaan ditemukan berhampiran kawasan pangkalan haram di Sungai Golok di Pengkalan Kubor.

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel