Connect with us

Global

Gajah ‘naik minyak’ pijak mati sami

Seekor gajah liar dilaporkan telah memijak seorang sami dalam satu kejadian yang dirakam menerusi rakaman litar tertutup CCTV di Wilayah Chanthanaburi di timur Thailand pada Sabtu lalu, lapor The Thaiger.

Pada awalnya kejadian tersebut tidak diketahui, namun salah seorang sami lain yang berjalan di kawasan berkenaan menemui mayat mangsa yang berusia 66 tahun di luar kawasan kuil dengan kesan tapak kaki haiwan itu pada jam 5 pagi.

Lelaki terbabit kemudiannya bertindak memeriksa rakaman CCTV dan mendapati kejadian itu berlaku pada 9.26 malam. Dia kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Memetik laporan The Sun, mangsa dilihat telah dikejar oleh gajah liar itu sebelum ditanduk dan menyebabkannya terbaring di atas tanah.

Advertisement

Tidak terhenti setakat itu, gajah berkenaan telah memijak mangsa yang ketika itu menjerit meminta tolong sambil bergelut melepaskan diri.

Polis dari Balai Polis Kaeng Hang Maeo mengesahkan bahawa tidak ada suspek lain yang dikaitkan berhubung kematian sami itu.

“Dia kali terakhir dilihat dalam CCTV pada waktu petang ketika gajah itu menyerangnya.

“Sami itu telah meninggal dunia apabila polis dan ambulans tiba, dia tidak sempat diselamatkan,” katanya.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati bahawa gajah tersebut tinggal di taman negara berhampiran kuil itu.

Advertisement

Sepasukan renjer hidupan liar telah dikerahkan ke kawasan terbabit untuk memantau haiwan tersebut dan menghalang ia dari terus masuk ke kawasan kampung.

Mereka juga percaya bahawa gajah itu berada dalam keadaan ‘musth’ iaitu tempoh di mana ia menunjukkan tingkah laku yang sangat agresif dan mempunyai hormon yang tinggi ketika cuba untuk menarik perhatian pasangan.

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel