Connect with us

Hiburan

Penyanyi & Pelakon Terkenal 80an, Aman Shah Meninggal Dunia

Penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an, Aman Shah dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Menurut laporan Awani, Penyanyi lagu ‘Kepulangan Yang Dinanti’, Allahyarham Aman Shah atau nama sebenarnya Aman Shah Abu Kassim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 2 petang di IJN sebentar tadi.

Berita kematian itu disahkan oleh anak sulungnya, Hadzly dan difahamkan, Allahyarham sudah dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu.

Hadzly juga memaklumkan menerusi Awani, Allahyarham kini masih di IJN dan dijangka mungkin akan dikebumikan pada hari ini.

Advertisement

Allahyarham Aman Shah sebelum ini pernah menempa nama menerusi lagu Adikku Pandai Menari dan juga Kepulangan Yang Dinanti yang dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Allahyarham juga turut pernah menjadi pelakon dan membintangi beberapa buah filem seperti Darah Satria yang diterbitkan pada tahun 1993.

Sumber: Awani


Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel