Connect with us

Pilihan Editor

Tun Samy Vellu Meninggal Dunia

Bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menerusi satu hantaran di Facebook telah menulis berkenaan pemergian bekas presiden MIC itu.

Berita pemergian itu disampaikan oleh anak Tun Samy Vellu, DS Velpari.

S. Subramaniam juga memuji beliau yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara terutamanya masyarakat India. MIED, Universiti Aimst dan Kolej Tafe adalah sumbangan besar beliau.

Advertisement

S. Subramaniam dalam hantaran itu juga mengucapkan takziah kepada isteri Toh Puan, DS Velpari dan seluruh ahli keluarga mendiang atas kematiaannya.

Sementara itu berita duka itu turut dikongsi, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi Facebooknya sebentar tadi.

“Takziah buat keluarga kepada Tun S Samy Vellu yang telah meninggal dunia hari ini.

“Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat dan negara,” tulisnya.

Ka Siong berkata, jasa dan pengorbanan mendiang selama menjadi Presiden MIC serta menteri kabinet akan terus dikenang dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Advertisement

Bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu dilahirkan pada 8 Mac 1936 merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979 hingga 2010.

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel