Connect with us

Jenayah

Bapa Mentua Hanya Tahu Menantu Jual Rokok Seludup, Bukannya Seludup Dadah

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan, siasatan pihaknya mendapati suami kepada ejen jualan kosmetik yang diculik sekumpulan lelaki dan dibawa ke negara jiran, terbabit dalam aktiviti sindiket dadah.

Setakat ini, polis mengesahkan mangsa diculik berikutan berlaku perselisihan faham di antara ahli sindiket. Tiga suspek termasuk suami mangsa telah ditahan untuk membantu siasatan.

Polis juga telah memohon bantuan dari pihak berkuasa Thailand untuk menyelamatkan Rosnazirah Mohd Naim.

Sementara itu, bapa mangsa yang berusia 70 tahun berkata, dia mengetahui menantunya pernah terbabit dalam perniagaan rokok seludup, tetapi berat hatinya untuk percayai bahawa lelaki berusia 36 tahun itu terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah. kerana lelaki itu banyak menjalankan perniagaan termasuk memelihara haiwan ternakan.

Advertisement

“Yang saya tahu, dia ada jual rokok seludup sahaja. Selain itu, saya tak tahu. Rasa susah nak percaya. Tapi kalau dia betul-betul terbabit, kenapa perlu libatkan anak saya, kenapa dia yang diculik?” katanya memetik laporan Berita Harian, Khamis, 15 September 2022.

Dalam masa sama, warga emas itu mengakui dia sehingga ke hari ini masih terkilan kerana gagal menyelamatkan anaknya itu. Jika bukan kerana suspek membawa pistol, sudah pasti dia akan cuba menyerang suspek untuk menyelamatkan anak keenam dari 12 beradik itu.

“Saya rela mati demi anak dan ketika kejadian, saya diacu sebilah pisau oleh lelaki itu. Namun masih cuba melawan sebelum terpaksa berundur apabila mereka mengeluarkan pistol.

“Entah bagaimana nasib anak saya sekarang yang katanya sudah dibawa ke negara jiran. Hidup atau mati, kami tidak tahu. Tapi jauh di sudut hati saya, mengharapkan anak ditemukan dengan selamat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel