Connect with us

Terkini

Lelaki dakwa tunai Umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II ditahan

Pihak berkuasa Arab Saudi telah menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya menunaikan ibadah Umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II di Kota Suci Mekah, lapor The Guardian.

Difahamkan, lelaki warga Yaman terbabit telah memuat naik sebuah klip video mengenai dirinya di media sosial di Masjidil Haram pada Isnin.

Dia telah ditangkap dan tindakan undang-undang telah diambil terhadapnya.

Menerusi klip video berkenaan, lelaki berkenaan memegang sehelai kain rentas dengan tertera tulisan “Umrah untuk Ratu Elizabeth II, kami berharap dia diterima di Syurga dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman”.

Advertisement

Rakaman itu telah tular di media sosial Arab Saudi khususnya di Twitter yang menggesa lelaki terbabit ditahan.

Malah, kerajaan Arab Saudi juga melarang jemaah untuk membawa kain rentas dan melaungkan slogan.

Walaupun umat Islam dibenarkan untuk menunaikan umrah bagi pihak orang yang meninggal dunia namun tidak kepada orang bukan Islam.

Umrah adalah ziarah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa manakala berbeza pula daripada haji yang diadakan sekali setiap tahun dan biasanya menarik jutaan orang dari seluruh dunia.

Terdahulu, Ratu Elizabeth II telah disahkan mangkat pada usia 96 tahun pada Khamis lalu, lapor AFP.

Advertisement

Ratu Elizabeth II merupakan pemegang takhta paling lama sepanjang pemerintahan England iaitu 7o tahun sejak ditabalkan menjadi Ratu pada tahun 1952.

Sumber: The Guardian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel