Connect with us

Global

Lelaki Masak Kucing Hamil Yang Sudah Dipelihara 3 Tahun Kerana Lapar

Demikian gambaran terhadap tindakan seorang lelaki di Bengkulu, Sumatera Indonesia yang tergamak membunuh dan memasak kucing peliharaannya.

Dalam kejadian pada 11 September lalu, suspek yang berusia 26 tahun bertindak menyembelih kucing betina yang sedang bunting gara-gara kerana dia kelaparan.

Memetik laporan Tribunnews, suspek mengaku kucing yang dimakannya itu adalah haiwan kesayangannya yang dibela sejak tiga tahun lalu.

“Saya terpaksa sebab lapar dan malam itu makanan yang tinggal sudah basi,” katanya memetik laporan portal tersebut.

Advertisement

Suspek turut mendakwa tindakan dia memuat naik rakaman penyembelihan kucing malang itu di laman sosialnya kerana mahu berkongsi pengalaman.

“Siapa tahu ada orang yang mengalami seperti saya dan sedang kelaparan,” kata suspek itu lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Bengkulu Utara, Andy Pramudya Wardana berkata, kejadian berlaku ketika kucing berwarna putih dengan tompok hitam dan coklat itu melompat ke arah pemiliknya yang sedang tidur.

“Suspek kemudian menangkap dan membawa kucing itu ke bilik air sebelum menyembelihnya.

“Malah, dia turut merakam aksi membunuh haiwan itu sebelum dimuat naik dalam Facebook dan Instagram sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat,” katanya.

Advertisement

Jelas Andy, suspek berdepan hukuman penjara sembilan bulan kerana melakukan kekerasan terhadap haiwan.

Sumber: Tribun Network

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel