Connect with us

Global

Wanita Upah 5 Pembunuh Upahan Selepas 10 Tahun Bersabar Tahu Suami Ada Hubungan Sulit

Seorang wanita dilaporkan tergamak mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya sendiri yang merupakan pemilik sebuah restoran di Karawang gara-gara konflik rumah tangga.

Menurut laman Detik.com, wanita itu dan lima pembunuh upahan tersebut telah dijatuhi hukuman penjara selama 13 tahun. Keputusan itu diputuskan oleh hakim Mahkamah Daerah (PN) Karawang pada 8 Ogos lalu.

Berdasarkan petikan daripada keputusan mahkamah itu, wanita itu mengakui berhasrat membunuh suaminya kerana marah. Marah kerana suaminya sering berkahwin walaupun sudah empat kali.

Selain itu, kelakuan suaminya yang juga sering mengambil wang dan pulang lewat malam juga dilaporkan turut menjadi punca wanita itu nekad merancang pembunuhan tersebut.

Advertisement

“Saksi (wanita) berasa sakit hati dengan perangai suaminya yang sering bermain dengan wanita lain dan seterusnya berkahwin melebihi empat kali,” petikan daripada dokumen keputusan itu.

Wanita itu mahu membunuh suaminya kerana sudah 10 tahun bersabar dengan kelakuan suaminya itu.

Suaminya sering menjalinkan hubungan sulit sehingga berkahwin dan mendapat anak.

Malah, wanita tersebut turut memberitahu bahawa suaminya sering meminta wang untuk kelakuannya itu.

Disebabkan itu, wanita tersebut meminta bantuan pembunuh upahan untuk membunuh suaminya dengan menggunakan sihir. Wanita itu kemudian diperkenalkan kepada seorang lelaki yang mendakwa boleh melakukan sihir dengan kos bayaran RM 1,500.

Advertisement

Wang sudah dibayar, tetapi dua bulan kemudian masih tiada hasil. Lelaki itu kemudian mencadangkan pilihan lain dengan mengupah pembunuh upahan dengan kos bayaran RM 9,000.

Suaminya itu pada akhirnya maut dengan cara ditetak sehingga mati.

“Keputusan mahkamah menyatakan bahawa defendan telah terbukti bersalah dengan melakukan perbuatan jenayah itu dengan memerintahkan untuk membunuh.

“Mahkamah juga telah menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun kepada defendan,” kata hakim itu, menurut fail keputusan.

Sumber: Detik.com/SiakapKeli

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel