Connect with us

Kemalangan

Askar wataniah maut kereta dipandu bertembung trak askar

Tangkak: Seorang askar wataniah maut apabila kereta dipandu bertembung dengan sebuah trak tentera di Kilometer 49.2 Jalan Muar ke Segamat, di sini, hari ini.

Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang itu, Nur Faiezah Aminah Shuib, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di leher, kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan, Mohd Fadhil Minhat, berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabit hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan trak tentera.

“Difahamkan, kemalangan berlaku ketika kereta mangsa dalam perjalanan dari arah Tangkak menuju ke Segamat, manakala trak tentera pula dari arah Segamat ke Tangkak.

Advertisement

“Setiba di lokasi kejadian, kereta dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan trak tentera terbabit.

“Susulan pelanggaran itu, kenderaan Proton Saga mangsa terperosok di bahagian bawah hadapan trak tentera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Fadhil berkata, pemandu Proton Saga disahkan meninggal dunia di tempat dan mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Daerah Tangkak (HDT), di sini, untuk bedah siasat.

Menurutnya, anggota tentera yang memandu trak terbabit tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel