Connect with us

Jenayah

Kes dera kanak-kanak: Ibu saudara, suami direman 7 hari – Polis

Sepasang suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki mendera dua anak saudaranya di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga Jumaat depan (23 Sept) bagi membantu siasatan.

“Reman terhadap kedua-dua suspek berumur 29 dan 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Amalina Basirah Md Top di Mahkamah Majistret Ampang Jaya pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, polis menahan kedua-dua suspek kira-kira 6 petang kerana disyaki mendera adik-beradik berkenaan.

Advertisement

Suspek wanita merupakan adik kepada ibu mangsa telah menjaga dua beradik itu sejak dua tahun, selepas bapa kepada kanak-kanak itu meninggal dunia.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang berada seorang diri di dalam rumah cuba terjun dan melarikan diri dari tingkap sebuah unit kondominium tingkat empat.

Susulan itu, bomba berjaya menyelamatkan mangsa dengan memecah masuk ke dalam rumah dengan bantuan pihak polis.

– Bernama

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel