Connect with us

Jenayah

Polis Tahan Seorang Daripada Tiga Suspek Pukul Lelaki Warga Myanmar

IPOH, 17 Sept (Bernama) — Polis menahan seorang daripada tiga suspek yang dipercayai memukul seorang lelaki warga Myanmar di sebuah kedai makan dekat Bandar Baru Menglembu di sini semalam yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 6.30 petang semalam dan menahan seorang daripada suspek di sekitar Ipoh hari ini.

“Pihak kami melakukan siasatan ke rumah suspek dan mendapati suspek tiada di rumah. Sehingga kini polis sedang mengesan dua lagi suspek.

“Motif kejadian disyaki mangsa yang berusia 44 tahun mengganggu tiga suspek berumur 20-an yang sedang makan atau minum di sebuah kedai makan lalu memprovokasi sehingga menimbulkan kemarahan suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Menurut Yahaya, mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kepala dan tangan akibat dipukul oleh suspek menggunakan kayu dan kerusi.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar di hospital. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,” tambahnya.

— BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel