Connect with us

Jenayah

Polis Sahkan Terima Laporan Penculikan Dari Pihak Keselamatan Genting Highlands, Tunggu Pemilik Video Pula Tampil Beri Keterangan

BENTONG — Pihak polis mengesahkan bahawa telah menerima laporan daripada pihak keselamatan Genting Highlands selepas tular satu video yang mendakwa bahawa seorang kanak-kanak hampir diculik oleh wanita warganegara asing di kawasan pelancongan itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata laporan itu telah dibuat pada jam 8.15 malam, semalam.

“Pihak keselamatan Genting Highlands telah membuat laporan polis pada 19 September 2022 (Isnin) lebih kurang jam 8.16 malam berhubung video yang telah tular,” katanya.

Zaiham juga turut mengesahkan bahawa belum menerima laporan polis daripada pihak yang terlibat.

Advertisement

“Polis Daerah Bentong juga mengesahkan bahawa setakat ini tidak menerima sebarang laporan polis daripada pihak yang terlibat.

“Walau bagaimanapun, pihak IPD Bentong akan menjalankan siasatan dan akan menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Zaiham memohon kerjasama daripada semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Terdahulu, satu video yang memaparkan situasi selepas cubaan menculik dilakukan oleh seorang wanita warga asing telah tular dan mendapat perhatian ramai.

Sumber: Polis Bentong/SiakapKeli

Advertisement
@malaysianupdatenews Polis Sahkan Terima Laporan Penculikan Dari Pihak Keselamatan Genting Highlands, Tunggu Pemilik Video Pula Tampil Beri Keterangan. #malaysianupdate #videoviral #TrendingNewsMalaysia #NewsAtTikTok #beritaditiktok ♬ Suspense – ligarmusic

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel