Connect with us

Terkini

Polis Thailand Kongsi Maklumat Kehilangan Ejen Kosmetik Wanita Dengan Rakan Setugas Malaysia

BANGKOK: Polis Thailand berkata mereka telah berkongsi semua maklumat mengenai penculikan wanita Malaysia dari rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 Sept, dengan rakan setugas mereka di Malaysia.

Namun, ketua polis Narathiwat, Pol Maj Jen Waesamae Salae, enggan mengulas mengenai maklumat yang dikongsinya dengan polis Malaysia.

“Kami bekerjasama dengan polis Malaysia… Mereka mempunyai semua maklumat,” katanya kepada Bernama.

Pada 13 Sept, ejen kosmetik itu diculik dari rumahnya di Kampung Semat Jai, Tumpat pada kira-kira 5.10 petang.

Advertisement

Empat suspek dalam sebuah kereta dipercayai menculik wanita bekenaan dan membawanya ke negara jiran melalui jeti haram di Tumpat.

Susulan kejadian itu, polis menahan tiga individu, termasuk suami wanita berkenaan, bagi membantu siasatan kes.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Zaki Harun berkata berdasarkan siasatan, suami mangsa, ahli sindiket pengedaran dadah, dipercayai berselisih faham dengan anggota lain sindiket itu dan ia mungkin jadi punca kejadian itu. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel