Connect with us

Global

“Stress” Tak Tahan Isteri Sering Curang, Lelaki Akui Ambil Dadah

INDONESIA – Seorang lelaki ditahan selepas didapati menghisap dadah gara-gara kerana tertekan dengan masalah rumahtangga, lapor Suara Malang.

Difahamkan, lelaki berusia 29 tahun itu mengaku tertekan dengan masalah rumah tangga kerana isterinya curang dan menjalinkan hubungan sulit.

Dia mengambil dadah untuk mendapat ketenangan namun malangnya dia telah ditahan oleh pihak polis.

Lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Polis kerana didapati mengambil dadah jenis kristal methamphetamine.

Advertisement

Menurut laporan, dia juga ditahan kerana melakukan serangan dan ugutan terhadap isteri dan abang iparnya kerana masalah keluarga.

Suspek mengaku bahawa dia tidak tahan dengan masalah rumahtangganya yang musnah kerana hubungan sulit isterinya.

Difahamkan, dia terdesak untuk mengambil dadah yang menyebabkan dia kemurungan dan jika berterusan mampu menyebabkan maut.

Suspek yang berasal dari Kampung Paleran, Umbulsari hanya menunduk dan menarik nafas panjang kerana kesal dan bertanggungjawab atas perbuatannya.

Selain itu, dia turut didakwa telah mengugut isteri dan adiknya menggunakan sebilah sabit semasa bertengkar mengenai hubungan sulit isterinya.

Advertisement

Menurut polis, terdapat 0.4gram methamphetamine serta 6 kotak syabu kosong dan alat penyedut syabu dijumpai di rumah suspek.

“Kami telah menahan suspek dengan bukti-bukti. Kami sedang menjalankan siasatan lanjut kerana suspek telah mengaku melakukan perkara tersebut disebabkan masalah rumahtangga,” kata Iptu M Ludfi, Ketua Polis Sektor Umbulsari.

Sumber: suaramalang.id

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel