Connect with us

Mahkamah

Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad memohon agar Ahli Parlimen Baling itu dilepas tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah atas alasan representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.

“Mahkamah berpendapat setiap kes perlu dibezakan berdasarkan fakta dan isu utama adalah kuasa budi bicara di bawah Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah sama ada perintah DNAA atau DNA patut diberikan terhadap tertuduh. Dalam menjalankan kuasa itu mahkamah perlu mengimbangkan kepentingan awam dan hak tertuduh sendiri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembangan Persekutuan.

“Mahkamah membuat perintah DNAA di bawah Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah selepas berpuas hati alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan kukuh dan memuaskan. Oleh itu mahkamah memerintahkan supaya tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan-pertuduhan itu,“ katanya semasa sebutan kes itu.

Advertisement

Abdul Azeez, 55, didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan enam pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM972,414.60 berhubung projek jalan raya di Perak serta Kedah. Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di lima bank di ibu negara antara 6 Sept 2010 hingga 10 April 2018.

Berita lanjut akan menyusul. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel