Connect with us

Sukan

Tundukkan Thailand Menerusi Sepakan Penalti, Harimau Malaya Berjaya Mara Ke Final Piala Raja Thai

Perlawanan Piala Raja Thai yang ke-48 ini mempertemukan Skuad Harimau Malaya menentang skuad dari Thailand. Perlawanan telah berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand.

Skuad kebangsaan Harimau Malaya yang dibimbing oleh ketua jurulatih Kim Pan Gon dari Korea Selatan berjaya mara ke final sebentar tadi.

Gol pertama skuad Harimau Malaya berjaya disumbangkan oleh Corbin Ong pada minit ke-32 separuh masa pertama hasil hantaran daripada Safawi Rashid.

Namun begitu, skuad Thailand berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada saat akhir perlawanan separuh masa kedua. Malaysia menang dalam penentuan penalti dengan keputusan 5-3.

Advertisement

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed muncul sebagai wira negara apabila tiga penyelamatannya dalam 90 minit masa sebenar dan satu pada penentuan sepakan penalti meloloskan Harimau Malaya ke perlawanan akhir Piala Raja Thailand 2022, malam tadi.

Sebelum ini Malaysia pernah menjulang piala ini sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976,1977 dan 1978.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel