Connect with us

Kemalangan

Konvoi bersama 12 rakan, remaja maut dirempuh kereta

Seorang lelaki maut selepas melanggar sebuah kenderaan sebelum dirempuh kereta semasa perjalanan konvoi sekumpulan motosikal di Kilometer 202.9 Lebuhraya PLUS (arah utara) semalam, lapor Sinar Harian.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu mengenai kemalangan yang mengakibatkan mangsa yang menunggang Yamaha Y15 meninggal dunia.

Beliau berkata, mangsa Muhammad Nasrul Adnan, 18, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur bersama 12 rakan-rakannya.

“Bagaimanapun, setiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa telah melanggar belakang sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero di lorong kiri.

Advertisement

“Pelanggaran itu telah menyebabkan mangsa terjatuh sebelum dirempuh sebuah Perodua Bezza dipandu lelaki berusia 29 tahun yang tidak sempat mengelak,” katanya ketika memberi penerangan mengenai kejadian.

Arshad Abu berkata mangsa dilaporkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Tambah beliau, pemandu Mitsubishi Pajero turut diminta tampil memberikan keterangan untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel