Connect with us

Terkini

Dakwa terima banyak ugutan selepas ugut rider GrabFood, pelanggan buat laporan polis

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid mengesahkan pihaknya menerima laporan dari seorang lelaki yang terbabit dalam video tular memarahi dan mengugut memberhentikan penghantar makanan yang didakwa lambat menghantar pesanannya, baru-baru ini.

Menurut beliau, lelaki berusia 27 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya pada jam 11.10 pagi Isnin, kerana dia menerima banyak ugutan selepas video itu tular di media sosial.

Baca: ‘Kita bagi dia bisnes Servis2Go’ – Cara Caprice bantu rider GrabFood yang dianiaya pelanggan, dipuji netizen

“Akibat daripada video yang tular tersebut, mangsa menerima pelbagai mesej berbaur ugutan daripada individu yang tidak dikenali melalui aplikasi media sosial,” katanya.

Advertisement

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Fakhruddin meminta orang awam yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan. Dalam masa sama menasihatkan masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden dalam video tular itu.

Semalam, pihak pengurusan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) mengambil tindakan disiplin terhadap seorang kakitangannya yang didapati mengugut penghantar makanan, Mohd Yusof, hanya kerana lambat menghantar pesanannya.

MUST menegaskan pihaknya tidak mempunyai jalinan kerjasama dengan GrabFood seperti yang didakwa oleh kakitangannya itu. Malah mereka mengutuk perbuatan lelaki berkenaan yang jelas tidak wajar dilakukan.

Sumber: Kosmo

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel