Connect with us

Kemalangan

Penunggang motosikal maut selepas terlanggar tapir

SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor tapir yang secara tiba-tiba melintas jalan raya di KM17 Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata kejadian berlaku kira-kira 11.15 malam ketika lelaki berusia 33 tahun itu menunggang motosikal jenis Honda RS150 seorang diri dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan tidak sempat mengelak dan merempuh tapir terbabit sebelum dia tercampak ke tepi jalan.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement

Amran berkata tapir berkenaan turut mati di lokasi kejadian dan bangkainya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri.

Beliau berkata kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel