Connect with us

Global

Lelaki mati ditembak ah long lapan kali di kepala

BANGKOK – Seorang ah long atau pemberi pinjam wang tanpa lesen di Thailand melepaskan lapan das tembakan terhadap seorang penghutang pada bahagian kepalanya dekat luar sebuah kedai teh di wilayah Songkhla, Ahad lalu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pegawai dari Balai Polis Khuan Meed menerima satu panggilan pada pukul 8 malam (waktu tempatan) mengenai seseorang yang ditembak mati di daerah Chana.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, mereka menemui mayat Chusit, 42, dalam keadaan berlumuran darah akibat ditembak sebanyak lapan kali pada bahagian kepala. Sepucuk pistol yang ditemui turut diambil sebagai bahan bukti.

Saksi memberitahu, mereka pada awalnya melihat Chusit masuk ke kedai teh berkenaan dan memesan minuman.

Advertisement

Seorang lelaki bersenjata kemudian muncul dan menjerit: “Bang bang bang”, menyebabkan Chusit berpaling dan berjalan keluar dari kedai.

Suspek seterusnya mengeluarkan pistol dan menembak Chusit sebanyak lapan kali di kepalanya sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Menurut saudara Chusit, sebelum meninggalkan rumahnya pada petang kelmarin, dia menerima panggilan daripada ah long yang menyuruhnya pergi ke kedai teh dan meminta mangsa membawa wang yang dipinjam ke kedai itu.

Polis menggunakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) untuk cuba menjejaki pembunuh Chusit. – Agensi

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel