Connect with us

Mahkamah

Tipu dapatkan gelaran Datuk, peniaga dipenjara lapan bulan

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menipu seorang wanita bagi mendapatkan gelaran Datuk membabitkan kerugian RM100,000.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdullah Shafiq Abdul Rahman, 36, selepas Abdullah Shafiq mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 5 Okt lepas.

Abdullah Shafiq didakwa menipu Norazlita Slamat,57, juga peniaga dengan memperdayakannya untuk membuat bayaran RM100,000 secara dalam talian ke akaun bank milik tertuduh bagi urusan mendapatkan gelaran Datuk dari Melaka.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di Jalan Tun Ismail di sini pada 4 Okt lepas mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi memohon hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran dengan mengambil kira keberanian tertuduh menggunakan nama istana untuk melakukan penipuan.

Abdullah Shafiq yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung keluarga dan isteri. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel