Connect with us

Global

Wanita dikurung dalam sangkar anjing selama 20 hari

MANILA – Seorang wanita warga China berjaya melarikan diri selepas diculik ketika keluar malam dan dikurung dalam sangkar anjing selama 20 hari di Filipina, lapor portal berita MailOnline semalam.

Polis Bandar Batangas menyelamatkan wanita itu selepas dia melarikan diri daripada penculik yang mengurungnya di sebuah rumah di Barangay Alangilan, Bandar Batangas selama hampir tiga minggu pada 6 Oktober lalu.

Mangsa yang merupakan warga Shanghai ditemui oleh anggota polis di sebuah kedai serbaneka di kampung itu dan kemudian membawanya ke balai polis.

Teman lelaki wanita itu membuat laporan polis selepas menerima klip video daripada nombor tidak dikenali di telefonnya. Klip video tersebut didakwa menunjukkan teman wanitanya dipukul dengan kayu besbol.

Advertisement

Dia berkata, suspek kemudian menelefonnya dan meminta wang tebusan AS$200,000 (RM940,400) untuk membebaskan mangsa.

Polis menyerbu rumah tempat mangsa dikurung tetapi penculiknya telah melarikan diri.

Mereka menemui sangkar anjing sempit dengan beberapa bantal dan baldi merah di dalamnya.

Menurut laporan, mangsa telah diculik ketika keluar bersama beberapa orang rakan di sebuah kelab di Angeles City, wilayah Pampanga pada 17 September lalu.

Unit anti-penculikan polis mengesahkan bahawa penculikan telah dilaporkan di bandar yang sama pada tarikh tersebut.

Advertisement

Tiada penjelasan lanjut tentang bagaimana mangsa berjaya melarikan diri daripada penculiknya.

“Saya memuji operasi Balai Polis Bandar Batangas kerana berjaya menyelamatkan mangsa tanpa melibatkan pertumpahan darah.

“Kepantasan anggota dalam menyiasat kes menggagalkan satu lagi insiden penculikan yang melibatkan warganegara China,”kata Ketua Pejabat Polis Wilayah 4A, Brigedier Jeneral Polis, Jose Melencio Nartatez Jr. – Agensi

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel