Connect with us

Pilihan Editor

Ibu kepada Dr Wan Azizah meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datin Mariah Khamis meninggal dunia awal pagi tadi.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan perkara berkenaan berkata solat jenazah ibu mentuanya itu dijadualkan pada 11.30 pagi ini di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.

“Saya memohon maaf kepada seluruh pimpinan Harapan Sarawak serta para pendukung kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching yang dijadualkan hari ini. Kita ketemu lagi di lain waktu, InsyaAllah,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Berita sedih itu turut dikongsikan cucunya, Nurul Izzah Anwar di Facebook.

Advertisement

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Dimaklumkan bonda mama tersayang, Datin Hajah Mariah Khamis telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga Allahyarhamah nenek ditempatkan dalam kalangan para salihin, diampunkan dosa, dipermudahkan segala urusan, diberikan sepenuh kelapangan kelak dan mendapat husnul khatimah. We love you, grandma. Al-Fatihah,” katanya. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel