Connect with us

Pilihan Editor

Ustaz Kazim Elias tarik diri jadi calon BN

IPOH: Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Larut.

Mohd Kazim dikatakan memaklumkan sendiri perkara itu kepada UMNO Perak pagi ini.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan perkara itu ketika mengumumkan calon-calon BN di sini, hari ini.

Beliau turut mengumumkan pengganti Ustaz Kazim ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

Advertisement

Punca sebenar penarikan diri Mohd Kazim tidak diketahui.

Bagaimanapun, ia berkaitan dengan pencalonan abangnya, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau, mewakili Perikatan Nasional (PN).

DUN Batu Kurau adalah salah satu daripada tiga DUN yang terletak di dalam Parlimen Larut. Dua lagi ialah Selama dan Kubu Gajah.

Semalam, pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan sesuai untuk berdepan calon PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut.

Advertisement

Sumber: Astro Awani

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel