Connect with us

Hiburan

Pelakon Sitik Tok dan Oh My Hantaran meninggal dunia

Pelakon drama ‘Sitik Tok’ dan ‘Oh My Hantaran’ iaitu Syazlin Zainal dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di usia 26 tahun pada petang Khamis, hari ini.

Berita pemergiannya dikongsikan oleh seorang rakan @Zeatyalia di Instagram Story sebentar tadi.

Bagaimanapun, punca kematian arwah tidak didedahkan.

“Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya.

Advertisement

“Saya kehilangan kawan saya hari ini dan saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkan perasaan ini. Saya juga masih tidak percaya ini berlaku,” luahnya di Instagram Story.

Tambah rakannya itu, dia turut meminta agar orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

“Sedekahkan Al-Fatihah untuk Syazlin Zainal,” maklumnya lagi.

Salam takziah untuk keluarga arwah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Instagram @Zeatyalia

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel