Connect with us

Politik

‘Tolong jangan cium tangan ahli politik, tak perlu dewakan mereka yang dibayar untuk buat kerja’ – Rafizi Ramli

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengingatkan orang ramai untuk tidak mendewakan ahli politik di negara ini, termasuklah mengamalkan amalan mencium tangan mereka.

Jangan cium tangan ahli politik antara perkara ‘bodek politik’ yang patut dielakkan oleh orang ramai.

Perkara itu dikongsikan Rafizi Ramli di media sosial mengenai 10 perkara mengjengkelkan dilakukan ahli politik mahu pun mereka yang terlibat dengan politik.

“Tolonglah jangan cium tangan ahli politik. Kita semua banyak dosa entah-entah dosa rakyat lagi sikit dari dosa menteri.

Advertisement

“Kita bayar dia untuk buat kerja, yang kita pergi dewakan dia tu buat apa? Bukan dia buat kerja free pun. Cium tangan hanya untuk mak ayah kita sahaja,” katanya.

Timbalan Presiden PKR itu juga menegaskan, budaya meraikan kedatangan pemimpin ke majlis-majlis perlu dihapuskan.

“Kementerian dan agensi kena habis bajet untuk buat majlis, lepas tu ada berpuluh-puluh orang kena sambut. Persediaan ambil masa berminggu. Kalau bukan berbulan tu tak rancang mesyuarat untuk rancang sambut menteri lagi.

“Boleh tak menteri kurangkan hadir ke majlis dan fikir macam mana nak buat kerja selesaikan masalah rakyat,” katanya.

Calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pandan berkata, sepatutnya hanya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri diberi keistimewaan diiringi polis atau pasukan keselamatan bagi tujuan keselamatan.

Advertisement

“Menteri lain tak payah, Ahli Parlimen dan wakil rakyat tak payah ada pengiring. Yang mengiring tu patutnya buat kerja untuk rakyat bukan membontoti wakil rakyat,” katanya.

Rafizi berkata, amalan terakhir ialah menggunakan wang rakyat untuk memasang papan iklan yang memaparkan wajah menteri.

“Tolong jangan habiskan duit rakyat pasang papan iklan letak muka menteri. Iklan besar-besar, menteri sengih, tetapi masalah tak selesai.

“Kalau setuju dengan misi hapus budaya bodek ini, kita kongsikan ramai-ramai. Mesti ramai ahli politik jaki dengan saya,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen, netizen bersetuju dengan pandangan Rafizi dan berharap semua ahli politik menerima teguran itu secara terbuka.

Advertisement

“Betul! Wakil rakyat buat kerja untuk rakyat. Sudahlah gaji mereka dibayar oleh rakyat. Ini tidak, pergi sakau lagi duit rakyat!” kata Aroma.

“Itulah, kalau beg sendiri pun tak larat nak bawa, manalah larat untuk membantu rakyat,” kata Reese.

Sumber: Facebook Rafizi Ramli, Utusan

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel