Connect with us

Politik

PRU15: PN Dakwa Sudah Ada Gabungan Majoriti Termasuk Bersama BN, PH Terkecuali

Timbalan Presiden Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Yong Teck Lee mendakwa PN kini sudah mempunyai gabungan majoriti bagi membentuk kerajaan termasuk bersama ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, Pakatan Harapan (PH) adalah terkecuali daripada gabungan majoriti tersebut.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas meninggalkan kediaman Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini.

“PN sudah habis bincang bentuk kerajaan. Kedudukan masa kini, kita yakin akan selesai secepat mungkin.

Advertisement

“BN bawah kepimpinan Muhyiddin sudah ada majoriti. Memang banyak ahli-ahli Parlimen pelbagai parti termasuk BN. Kedudukan PH seperti yang diumumkan Muhyiddin semalam,” kata Teck Lee.

Sementara itu, beliau dilihat enggan mengulas isu mengenai pembabitan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam gabungan tersebut.

“Kita tunggu secepat mungkin ada berita,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kediaman rasmi Muhyiddin menerima kunjungan daripada beberapa wakil parti bagi membincangkan mengenai usaha dalam membentuk sebuah kerajaan.

Gabungan itu dibuat setelah keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menyaksikan tiada parti politik yang meraih majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi parlimen sekali gus menjadikan Parlimen tergantung buat masa ini.

Advertisement

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel