Connect with us

Global

Dah Meninggal Sehari Sebelum, Pekerja Hospital Terkejut Disapa ‘Hantu Pesakit’

Seorang pekerja hospital yang terletak di Argentina dilaporkan telah melihat seorang pesakit yang berjalan di pintu hadapan bangunan tersebut. Namun apa yang lebih mengejutkan ialah pesakit itu sebenarnya telah pun meninggal dunia sehari sebelum kejadian itu.

Menerusi video tular yang dapat dirakam oleh rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), pengawal keselamatan itu dilihat mengiringi seorang pesakit wanita tua untuk janji temu di pejabat doktor hospital yang sama.

Namun apa yang lebih menggerunkan, pengawal keselamatan yang bertugas semasa kejadian itu juga dilihat sempat berbual sebelum menawarkan kerusi kepada ‘pesakit’ tersebut seolah-olah pesakit itu benar-benar wujud. Namun, pelawaannya ditolak kerana ‘wanita’ itu mahu masuk dengan berjalan sahaja.

Difahamkan, selepas beberapa jam pesakit itu ‘masuk’ ke dalam pejabat untuk janji temu, pengawal keselamatan berkenaan bertindak untuk memeriksa keadaan wanita tua tersebut namun doktor mengatakan bahawa dia telah meninggal dunia pada hari sebelumnya.

Advertisement

Disebabkan kejadian yang berlaku sekitar jam 3:36 pagi waktu tempatan dipercayai pada 11 November itu telah menakutkan ramai orang terutamanya pekerja-pekerja di Hospital Finochietto Sanatorium, Buenos Aires, Argentina.

@malaysianupdatenews Dah Meninggal Sehari Sebelum, Pekerja Hospital Terkejut Disapa ‘Hantu Pesakit’. #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #malaysianupdate #videoviral #fyp ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Sumber: Daily News

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel