Connect with us

Politik

Hadi: Kekal Tenang, Kita Sedang Usahakan, Kita Masih Di Hadapan

Siapa bakal menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) pada kali ini masih lagi belum terjawab berikutan tiada parti yang mendapat gabungan majoriti dalam membentuk Kerajaan Persekutuan.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang terkini mendakwa PN “masih di hadapan” dan berkata pihaknya sedang mengusahakan cara dalam membentuk kerajaan.

“Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan.

“Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara,” katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook miliknya sebentar tadi.

Advertisement

Difahamkan, kenyataan itu merujuk kepada keputusan yang bakal diberikan pada hari ini oleh Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, media melaporkan mengenai perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara yang akan diadakan pada hari ini, 24 November bagi membuat keputusan pelantikan calon Perdana Menteri ke-10.

Perkara itu dititahkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenan Istana Negara menganjurkan perbincangan itu.

Sumber: Fb Abdul Hadi Awang

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel