Connect with us

Politik

Hishammuddin Nafi Ditawar Jawatan Perdana Menteri Jika Pilih PN

Sebelum ini, media melaporkan Perikatan Nasional (PN) menawarkan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn jawatan Perdana Menteri ke-10 sekiranya kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan perpaduan.

Namun begitu, perkara itu dinafikan sendiri oleh Hishammuddin dan menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang rundingan.

Menerusi laporan portal berita berkenaan, PN dikatakan menyokong jika Hishammuddin dilantik sebagai Perdana Menteri. Namun, Majlis Tertinggi BN akan membincangkan sama ada menerima tawaran PN atau Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan baru.

Walau bagaimanapun, Hishammuddin tampil menafikan dakwaan berkenaan. Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Advertisement

Ramai menyebarkan artikel ini. Saya ingin mengesahkan bahawa dakwaan ini tidak benar sama sekali.

Tegasnya, beliau tidak terlibat dalam sebarang rundingan antara Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional.

Saya tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan pihak Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan.

Saya juga tidak ditawarkan apa-apa jawatan. Jika pihak portal tidak menarik semula artikel ini dengan serta-merta, saya akan mengambil tindakan undang-undang.

Sumber : Hishammuddin Hussein / Ohbulan

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel