Connect with us

Global

Anak Jumpa Mayat Ibu Disumbat Dalam Peti Sejuk Tidak Dihidupkan

Mayat seorang wanita ditemui disumbat ke dalam peti sejuk di belakang rumahnya sendiri dalam kejadian di wilayah Phitsanulok, utara Thailand pada Sabtu lepas.

Mangsa, 58 tahun dianggarkan telah meninggal dunia sekurang-kurangnya tiga hari sebelum disumbat ke dalam peti yang tidak dihidupkan sehingga mengeluarkan bau busuk.

Difahamkan mulut mangsa juga diikat menggunakan pita pelekat.

Pegawai dari Balai Polis Wat Bot bergegas ke sebuah rumah di kampung Wat Pak Sak selepas mereka dimaklumkan dengan penemuan mayat wanita yang reput di dalam peti sejuk.

Advertisement

Anak mangsa, Akkaraphon, 33 tahun memberitahu polis bahawa ibunya telah hilang dari rumah sejak Selasa (15 November).

Bagaimanapun, selepas empat hari, anak mangsa menyedari bau busuk yang datang dari peti sejuk di belakang rumah mereka.

Menurut Akkaraphon, ibunya menghidap penyakit mental yang menyebabkan dia terpaksa mengambil ubat dan kerap dirawat di Hospital Buddhachinaraj.

Malah ibunya juga pernah melarikan diri dari rumah suatu ketika dahulu.

Tambahnya lagi, ibunya pernah menjual ayam goreng di kampung tetapi terpaksa berhenti disebabkan penyakitnya bertambah teruk, malah wanita itu hanya mengharapkan bantuan suami dan anak untuk menjaganya.

Advertisement

Suami mangsa, Teerayut Sawannaphruek, 57 tahun berkata dia dan isterinya sempat bertengkar sebelum mangsa melarikan diri.

Bagaimanapun, menurut Teerayut, mangsa tidak marah kerana masih memasak makanan seperti biasa.

Akan tetapi, pada keesokannya, mangsa difahamkan telah melarikan diri dan meninggalkan nota untuknya.

“Saya minta maaf, saya tidak dapat menjadi isteri yang baik. Saya terpaksa tinggalkan awak untuk bayar hutang saya. Saya akan ke Bangkok supaya awak berasa lebih selesa,” tulis nota itu.

Sementara itu, keluarga mangsa berkata mangsa telah membuat pinjaman tidak rasmi dan diancam oleh pemberi pinjaman kerana tidak membayar hutang tersebut.

Advertisement

Bagaimanapun, Teerayut memberitahu polis bahawa mangsa pernah cuba mengakhiri hidupnya sendiri dengan mengambil ubat secara berlebihan.

Pegawai Polis Wat Bot., Kol. Wisut Klaisaeng berkata kes seperti itu sangat dipandang serius kerana punca kematian mangsa masih tidak jelas dan dianggap sebagai kes pembunuhan setakat ini.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Buddhachinaraj untuk bedah siasat.

Sumber: Thaiger

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel