Connect with us

Kemalangan

Tanah runtuh: Korban ke-24 seorang kanak-kanak perempuan ditemukan

BATANG KALI: Seorang lagi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan ditemukan menjadikan jumlah yang maut setakat ini seramai 24 orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata mayat kanak-kanak yang belum dikenal pasti umurnya itu ditemukan di kawasan pencarian Hillview (sektor A) pada 4.05 petang tadi.

“Mayat itu akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian di sini.

Setakat ini tujuh kanak-kanak disahkan terkorban dalam tragedi tanah runtuh tersebut.

Advertisement

Sementara itu, Acryl Sani berkata pengusaha tapak perkhemahan yang sebelum ini dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan, kini dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.

“Seperti kita setuju tempoh hari, apabila kesemua mangsa sudah ditemukan, siasatan akan segera dijalankan. Bagaimanapun, ini tidak bermakna tiada siasatan yang dibuat ketika ini.

“Untuk makluman, saya telah mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Baharudin Mat Taib untuk mengetuai siasatan berkaitan insiden ini,“ katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama yang berada di lokasi kejadian mendapati keadaan cuaca di sini mendung. – Bernama

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel