Connect with us

Jenayah

Guru didakwa rogol 2 pelajar sekolah di Bintulu, telah berjaya ditahan polis

Seorang penjawat awam yang dikehendaki pihak polis kerana disyaki terbabit dalam kes rogol dua pelajar perempuan Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Sebauh, Bintulu, dilaporkan telah ditahan.

Menurut sumber dari Bintulu News Page, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat bahawa suspek yang berasal dari Tumpat, Kelantan itu bersembunyi di Thailand.

Bertindak di atas maklumat itu, PDRM dengan bantuan pihak berkuasa Thailand telah menahan suspek, Tengku Nasrul Haizal Mohd Nasir untuk siasatan lanjut.

Gambar suspek ditahan juga tersebar di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengucapkan syabas kepada PDRM yang komited menjalankan tugas.

Advertisement

Pada Ogos lalu, dua pelajar yang menjadi mangsa rogol tampil membuat laporan polis mendakwa telah dirogol oleh suspek yang berusia 33 tahun di sebuah bilik musik di sekolah berkenaan.

Mangsa turut mendakwa mereka telah diugut oleh suspek untuk tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa menyebabkan mangsa terpaksa berdiam diri selama dua bulan.

Kejadian itu terbongkar selepas perubahan mangsa yang kelihatan murung menimbulkan tanda tanya keluarganya lalu mendesak mangsa untuk menceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku.

Sumber: Bintulu News Page

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel