Connect with us

Terkini

Pempengaruh TikTok Indonesia Dilapor Maut Selepas Kren Dikendali Terbakar

Seorang pempengaruh TikTok di Indonesia dilaporkan maut selepas terperangkap dalam kren yang sedang terbakar di tempat kerjanya di Sulawesi Tengah, Indonesia.

Menurut Detik.com, sewaktu kejadian gadis berusia 20 tahun tersebut berada dalam kren yang dipenuhi asap.

Dia yang bekerja sebagai pengendali kren itu dilihat berada dalam keadaan panik dan tetap mengendalikan kren berkenaan. Bagaimanapun, dia tidak sempat menyelamatkan diri.

Pempengaruh tersebut juga dilaporkan sedang membuat video live di TikTok miliknya sewaktu kejadian ngeri itu berlaku.

Advertisement

Sebuah video saat kren itu sedang terbakar yang dirakam oleh seorang saksi turut bertebaran di media sosial Indonesia.

Sementara itu, pihak polis telah mengesahkan kejadian kebakaran tersebut yang berlaku pada Khamis, 22 Disember lalu. Polis turut berkata bahawa terdapat dua orang yang terkorban dalam kejadian kebakaran tersebut.

“Dua orang terkorban,” kata Ketua Polis Daerah Morowali Utara, AKBP Ade Nuramdan ketika diminta pengesahan oleh Detik.com semalam.

Selain itu, Ade Nuramdan juga sempat mendedahkan kronologi kejadian yang melibatkan pempengaruh tersebut dengan berpunca daripada letupan di tapak projek tersebut.

Sumber: Detik.com

Advertisement
@malaysianupdatenews Difahamkan, dia juga sedang membuat video live di TikTok miliknya sewaktu kejadian itu berlaku.😥 #malaysianupdate #videoviral #newsattiktok #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel