Connect with us

Global

Lelaki dari neraka tergamak rogol ibu, adik kandung sendiri

JAKARTA – Perbuatan keji seorang lelaki di Indonesia yang tergamak memperkosa ibu dan adik kandungnya sendiri yang berusia tujuh tahun terbongkar selepas kejadian itu diadukan kepada pihak berkuasa, menurut laporan detiknews pada Rabu.

“Ia terbongkar selepas adiknya mengadu sakit ketika membuang air kecil. Dia kemudiannya mengaku telah dinodai suspek ketika disoal jirannya pada Isnin.

“Mereka yang prihatin dengan nasib mangsa yang masih kecil bertindak segera melaporkan kepada pihak berkuasa,” kata jurucakap polis, Edwin di kabupaten Lampung Selatan.

Menurutnya, suspek dikenali sebagai ST, 19, berjaya diberkas di kampung halamannya tidak lama selepas laporan dibuat.

Advertisement

Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian selepas ibunya tidak memberikan wang seperti yang diminta olehnya.

“Remaja itu mengamuk lalu memperkosa mereka dan turut mengusir ibunya keluar dari rumah,” ujar Edwin lagi.

Siasatan awal mendapati suspek pertama kali menodai ibunya pada 2021 dan kejadian itu kembali berulang pada Julai-Ogos lalu malah dia turut mengugut mahu membunuh kedua-duanya jika keinginan nafsunya tidak dipenuhi. – Agensi

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel