Connect with us

Terkini

Pendakwa kes 1MDB, Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun

KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram meninggal dunia hari ini pada usia 79 tahun.

Berita kematian bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P. Kunyalam kepada Bernama.

“Ya, benar. Beliau disahkan meninggal dunia pada 12.15 tengah hari tadi di sebuah hospital swasta di sini,” katanya ketika dihubungi.

Sri Ram dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini, minggu lepas kerana jangkitan paru-paru.

Advertisement

Sri Ram merupakan pendakwa raya utama dalam kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga merupakan pendakwa raya utama bagi perbicaraan rasuah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek hibrid solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan pengubahan wang haram. – BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel