Connect with us

Terkini

Sembunyi Rahsia Hidap Kanser Disebalik Keletah Lucu, Ibu Viral Sering Disakat Anak Meninggal Dunia

Warga TikTok di Malaysia sudah tidak asing lagi dengan kehadiran dua beranak ini. Nurul Ain berserta ibunya kerap menghasilkan kandungan lucu di TikTok sejak wabak pandemik lalu.

Kandungan video mereka telah menghiburkan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat sehingga setiap satu video yang dihasilkan di laman TikToknya mencapai jutaan jumlah tontonan.

Namun, sejak kebelakangan ini, ibu kepada Nurul Ain, Puan Siti Hawa Sidek dilaporkan tidak muncul dalam mana-mana video dalam akaun TikTok milik anak perempuannya.

Perkara tersebut turut disedari oleh warganet Malaysia, khususnya bagi para peminat yang sering ternanti-nantikan gelagat dua beranak ini lagi.

Advertisement

Akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila anak perempuannya, Nurul Ain memaklumkan berita pemergian ibunya menerusi akaun Instagram kira-kira tengah hari tadi.

“Kenal mama Ain tak? Bidadari Ain dah tak ada dekat sini, dia dah balik ke tempat asal dia.

“Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk mama ya, Siti Hawa Binti Sidek,” katanya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh rakan baik Allahyarhamah, Cikgu Ferdy, mendedahkan bahawa selama ini Siti Hawa menyembunyikan rahsia bahawa dia menghidap barah. Arwah ‘menutup’ perkara berkenaan disebalik sifat ceria dan gelak tawanya selama ini.

Difahamkan, arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam dan selamat disemadikan di tanah perkuburan. Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar arwah ditempat dikalangan orang beriman.

Advertisement

@malaysianupdatenews Sembunyi rahsia hidap sakit kanser disebalik gelak tawa🥺 #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #videoviral ♬ original sound – Doc70r

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel