Connect with us

Hiburan

Wawa Zainal hadiahkan rumah, sebak apabila ibu bapa setuju duduk di Semenanjung

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal meluahkan kesyukuran dan gembira apabila ibu dan bapanya akhirnya membuat keputusan untuk menetap di Semenanjung setelah bertahun memujuk mereka.

Menerusi perkongsian video di laman Instagram, Wawa atau nama sebenar, Nur Hawa Zainal Abidin, 31, yang juga isteri kepada pelakon Aeril Zafrel berkata, dia juga mengambil masa yang lama untuk memujuk kedua ibu bapanya berpindah ke Semenanjung supaya dapat tinggal berdekatan dengannya.

Dalam video berkenaan, aktres berusia 31 tahun juga mengubahsuai rumah yang dibeli yang tiada apa-apa kepada sebuah kediaman mewah.

“Akhirnya mak bapak setuju duduk Semenanjung. Ni la hadiah kecil kami buat mamak dan bapak,”tulis Wawa.

Advertisement

Suami Wawa yang juga seorang pelakon, Aeril Zafrel turut berkongsi kegembiraan di media sosial apabila ibu dan bapa mentuanya setuju untuk tinggal berhampiran dengan mereka. Dalam pada itu, Aeril meluahkan rasa sebak melihat kebahagiaan isterinya bersama orang tuanya.

“Sayangku Wawa, izinkan aku menumpang kasih orang tua mu… Al-fatihah buat ayah ibuku,”tulisnya.

Tambah Aeril, mereka berdua bersyukur dan gembira apabila berhasil memujuk orang tua Wawa, lantas membeli rumah.

“Bila mereka setuju, terus kami belikan rumah untuk mereka. Mula-mula nak beli dua tingkat, tapi fikir-fikir sebab faktor usia dan hanya duduk berdua, kami carikan rumah setingkat.”

Akui Aeril, pada mulanya dia dan Wawa risau membeli apabila melihat keadaan yang agak lama.

Advertisement

Bagaimanapun, setelah memikirkan kelebihan berada dekat dengan rumah mereka, Aeril dan Wawa tekad membeli dan mengubai suai bagi keselesaan orang tua.

Menjengah ke ruangan komen di Instagram, ramai pengikut termasuk rakan artis turut mendoakan Wawa terus dilimpahkan lagi rezeki kerana berbakti kepada ibu dan bapanya.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel