Connect with us

Mahkamah

Muhyiddin mohon penyokong bertenang, patuh pada undang-undang

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat termasuk ahli-ahli Bersatu dan penyokong Perikatan Nasional (PN) supaya bertenang dan patuh kepada undang-undang demi keamanan negara.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau dan pasukan peguamnya akan berusaha serta berikhtiar untuk mendapatkan keadilan di mahkamah selain menyerahkan nasibnya kepada Allah dan hakim yang adil.

“Saya tidak akan mengajak saudara dan saudari turun ke jalanan untuk mempertahankan diri saya. Ini zaman kegawatan ekonomi akibat COVID-19. Rakyat sedang mengalami kesusahan hidup.

“Saya tidak mahu membebankan rakyat untuk membela diri saya. Kita semua mesti patuh kepada undang-undang dan pelihara keamanan negara,” katanya kepada pemberita di perkarangan lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Advertisement

Menurutnya beliau menerima segala pertuduhan ke atasnya dengan sabar kerana sedar dalam dunia politik tidak dapat lari daripada musuh yang ingin menghancurkan diri, keluarga dan partinya.

Mengenai jawatanya sebagai Presiden Bersatu pula, Muhyiddin menyerahkan perkara itu kepada Majlis Tertinggi (MT) parti berkenaan.

“Saya akan bawa kedudukan saya kepada Majlis Tertinggi parti (Bersatu) untuk mereka putuskan. Saya akan serah kepada MT dalam tempoh paling terdekat, apa sahaja keputusan yang mereka buat saya akan akur,” katanya.

Terdahulu Pengerusi PN itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Hakim Azura Alwi kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin selain memerintahkan bekas perdana menteri itu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Advertisement

Bercakap kepada media, peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Muhyiddin memaklumkan ahli keluarga anak guamnya telah membayar wang jaminan di kaunter bayaran jamin di kompleks berkenaan. -Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel