Connect with us

Hiburan

Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil

PETALING JAYA, 20 Mac (Bernama) — Selepas hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon iaitu Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dekat sini.

Diana, atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada 10 Mac lepas menerusi Tetuan Akberdin & Co dan menamakan Farid, atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, sebagai defendan.

Permohonan cerai itu dikemukakan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pelakon utama filem Imaginur itu memfailkan permohonan tersebut atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri.

Advertisement

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Diana, ketika dihubungi mengesahkan anak guamnya memfailkan permohonan itu.

Beliau berkata semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof hari ini, kedua-dua pihak diarah melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan cerai.

Katanya mahkamah menetapkan 28 Mac ini sebagai sebutan kes.

Farid, yang popular dengan filem Remp-IT dan Lagenda Budak Setan, diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Farid dan Diana yang sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 Nov 2012 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel