Connect with us

Politik

Hamzah: PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menolak permohonan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) untuk menjadi sebahagian anggota komponennya.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ketetapan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Pada 2 Mac lepas, Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu telah menghantar permohonan untuk menyertai PN kepada Muhyiddin, Presiden PAS Tan Sri Hadi Awang dan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau.

Hamzah berkata Majlis Tertinggi PN turut membuat ketetapan untuk mengekalkan penggunaan lambang gabungan politik itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala lambang PAS digunakan bagi PRN Kelantan serta Terengganu.

Advertisement

“Majlis Tertinggi turut mengarahkan jentera pilihan raya di enam negeri terbabit agar memperkukuh persiapan dan kesiapsiagaan di tahap tertinggi,” menurutnya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata Majlis Tertinggi PN juga melantik Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN manakala Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dilantik selaku Pengerusi Badan Perhubungan PN Sabah.

Datuk Dr Mohd Radzi Jidin pula dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Wilayah Persekutuan manakala Mohamad Siddiq Mohd Azani dan Muhd Khidir Izaidin sebagai Penolong Setiausaha Eksekutif PN. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel