Connect with us

Jenayah

Lelaki Serang Imam Positif Dadah

Kuantan: Lelaki yang menyerang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, pada 26 mac lalu, telah dihantar ke unit psikiatri di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata lelaki berusia 37 tahun itu merupakan bekas tentera yang juga merupakan gelandangan.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit turut positif dadah.

Sekitar Kawasan Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu terletak di jalan Mahkota telah menjadi tempat lelaki tersebut merayau.

Advertisement

Pada sidang media kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang hari ini, hasil siasatan mendapati suspek sering mengalami halusinasi dan ketika kejadian menyerang imam itu dilakukan, katanya dia terdengar imam memanggil namanya.

Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki menyerang imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, Kuantan. – Foto IHSAN POLIS

Hari kejadian pada 6.18 pagi itu, suspek telah menyerang pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang menjadi imam jemputan solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Kuantan sempena Program Khatam Subuh 2.0.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel